bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah, sebentar td berakhir sudah kelas ana di acms... kelas A&P ngan MPW... ini bermakna, bermula lah perjalanan ana untuk menempuh hari2 yg paling ana takut.. (final exam)... tidak!!! doakan ana dpt menempuh peperiksaan kali ini dengan tenang...
tengah hari....
sampai saje kat masjid, terus cari kedai makan... perut da berbunyi da... nasi putih ngan nasi tomato menjadi pilihan.. ayam ngan acar timun menjadi pilihan wajib buat ana... selesai mengisi perut dengan rezeki Allah, terus kaki ini membawa ana ke tempat wuduk.. mujur x ramai org masa itu... melangkah dengan kaki kanan ke dalam masjid, solat sunat tahiyatul masjid... duduk beriktikaf sebentar sebelum menunggu khatib mula memberi khutbah...
Khutbah (tangisan)

bg ana, khutbah kali mmg menrik... tak terasa ngantuk langsung masa dengr khutbah... di sini ana ceritakan sedikit secara ringkas isi khutbah td... di padang mahsyar kelak, setiap manusia akan diadili di mahkamah Allah yg Maha Adil... dan ditakdirkan seorang hamba allah ini mempunyai dosa yg lebih bnyk drpd pahala.. maka diheretnya ke neraka... tatkala di muka pintu neraka, bulu matanya berkata, "ya Allah, demi tuhan sekalian alam.. kekasihMu Muhammad s.a.w pernah bersabda:" sesiapa yang pernah menangis kerana takutkan azab Allah, maka haram bg tubuhnya disentuh api neraka".... maka aku bersaksikan bahawa hamba ini pernah menangis di dunia dahulu kerana takutkan azabMu... maka, malaikat ridwanmenyambut hamba Allah itu dan berkata, "selamat datang wahai si fulan bin si fulan dan bergembiralah kamu di dalam nya..."

dalam satu lagi riwayat yang menceritakan ketika di padang mahsyar, api dari neraka jahim akan keluar setinggi gunung dan mengaum yg bunyinya hampir 500tahun perjalanan... pada masa itu setiap manusia ketakutan terutamanya umat nabi Muhammad, mereka berkata "demi orang yg telah mendirikan solat, demi orang yg berpuasa... jauhlah kamu (api) dari kami" tetapi api itu semakin marak....

dan ketika itu, kekasih Allah, Muhammad s.a.w risau dan mulutnya tidak berhenti menyebut, "ummati, ummati..." maka malaikat jibril berkata, ya muhammad ambillah air ini dalam siramlah air ini ke arah api itu... dengan segara nabi muhammad pergi menyiram api neraka itu dengan air tersebut... degan izin Allah api itu padam... bertanya nabi muhammad s.a.w kepada jibril, "apakah air yg kau berikan kepada aku sebentar td?"
jibril menjawab "itulah air mata umatmu yang pernah menangis di dunia dahulu kerana takutkan azab Allah"
kesimpulannya, marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri... layak kah kita memasuki syurga Allah dengan amalan yang kita lakukan selama ini? pernahkah kita menangis kerana takutkan azab Allah? atau kita hanya sekadar menangis hanya ketika kita ditinggalkan kekasih? renung2kan dan selamat beramal....