alhamdulillah, pagi tadi selesai sudah module clinical skill learning (CSL)
. banyak juga yang perlu dibetulkan dan yang perlu dipelajari. terima kasih kepada dr aliya dan dr tajul ari kerana banyak beri kami semua tunjuk ajar. terkasar bahasa harap dimaafkan, halalkan semua ilmu yang doktor curahkan kepada kami. sekarang matlamat perjuangan adalah di medan peperiksaan. OSCE yang bakal ditempuh hujung bulan 11 ini buat ana rasa takut pula. dapat buat ke tidak OSCE nanti. mudahan dipermudahkan segala urusannya nanti.
Module membrane and receptors pun sudah tamat. doktor tajul ingatkan kami semua supaya study dan ingat semua fakta yang perlu diingat.harap dapat jumpa dr tajul lagi next sem.

petang tadi ana turun padang main ragbi. adoi, penat betul td. habis badan sakit. tambah2 tempat yang sensitif ni. aduh, tak tahu esok macam mana nk jalan. esok ada lagi. rasa macam tak larat nak turun. tapi kena turun gak sebab tadi rasa best bila main. semua stress hilang. part yang tak best, kami habis masa azan maghrib.
tak pe, pas ni kami nak bawak jam masa berlatih nanti. mudahan tak terlajak lagi nnt.
usrah tadi, pak cik muhamad pesan supaya sentiasa ingat tentang kematian. kita pasti akan menyesal kalau kita tidak bersedia menghadapi hari yang telah ditentukan. jadi, kenalah selalu solat berjemaah, banyakkan berzikir. jangan jadikan belajar ataupun bekerja sebagai penghalang bagi diri kita untuk mendekatkan diri kepada allah. kalau boleh lakukan solat tahujjud. Memang terkena la td
. adoi, memang ana dah betul2 berubah. rasa dengki pula dengan orang yang dapat berubah jadi baik. padahal ana sebaliknya. astaghfirullah al-azim. ana berazam untuk berusaha untuk sentiasa tunaikan solat secara berjemaah. harap semua orang doakan ana dapat berubah semula menjadi diri ana yang dulu
atau menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. amin....p/s:
my ex-rumate. mudahan sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.