SALAM UKHUWAH FILLAH

Pengembaraan Baru Bermula...

Wednesday, April 29, 2009

Marah...

apa perasaan kte bila diabaikan atau dicaci? Marah? Sedih? semua perasaan ketika itu bercampur dan membuatkan diri kita keliru... apakah yang patut kita lakukan... begitulah juga dgn diri ana. sekarang ana sedang bermain dengan 2 perasaaan ini. serasa diri ini sudah tidak ada masa depan. mana pergi nya pihak yang bertanggungjawab mengatur progam kami di sini? adakah kami masih perlu pergi ke indonesia? bukankah kerajaan sudah memberhentikan program ke indonesia? kami tidak mahu menjadi mangsa keadaan... kami lebih rela belajar di negara yang tercinta ni. biarlah apa yang orang akan kata.... terasa kami sudah sesat, tidak ada arah tuju ke mana harus kami pergi...
jika kita merenung sejenak... tidakkah kita terfikir..keadaan kita ketika seorang hamba allah mengabaikan dan mencaci kita, perasaan sedih dan keliru itu muncul... bagaimana pula pencipta kita memarahi kita atau mengabaikan kita? alangkah kerdilnya kita ketika itu... kita terus berada dalam keadaan sesat dan terus keliru dalam dunia yang fana ini...
astaghfirullah...
marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah sentiasa merahmati dan mengasihani diri kita yang serba lemah ini. sama-samalah kita berdoa mudahan Allah mempermudahkan urusan ana dan sahabat ana dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang medical student suatu hai nnt. kami semua berusaha, berdoa dan bertawakal padaMu ya allah... tempatkanlah kami ditempat yang terbaik buat kami untuk meneruskan perjuangan ini ya allah...

Tanggungjawab

semenjak masuk bulan 4 ni, bnyk sungguh kerja yg perlu dilaksanakn... atau ana yang suka bertangguh...? hmmm... teringat pula satu hadis yg memberitahu bertangguh itu salah satu sifat syaitan... astaghfirullah, mudahan ana dijauhi sifat itu.... sekarang pula ditambah dengan satu lg amanah yg baru dapat beberapa hari yg lepas.. ana dilantik menjadi ajk tentetif program dan bacaan doa untuk dinner batch ana nnt.. adeh, bertambah satu lg beban yg hendak dipikul.. semua jemputan yg perlu dijemput, kad jemputan, sijil mpp dan teks bacaan doa.. mujur la kerja nya x bnyk...
semalam, pak cik kat surau beritahu ustaz hasrizal (saifulislam) nk dtg ke cni... khabarnya mahu pelajar involve dlm jemputan penceramah... hmmm.... harap nye mpp dpt laksanakan tanggungjwb dgn baik, jgn jd macam xtvt sebelum ni...
dalam kesibukan ni, terdetik di hati ana nk buat persembhan nasyid untuk dinner batch ana nnt. tp kesibukan yang terlampau sgt ni menyebabkan ana terpaksa memendamkan hasrat dihati untuk terus fokus kepada tanggungjawab yang lebih penting yang perlu dilaksanakan... doakan ana tabah dalam menjalankan semua amanah yang telah diberi....

Saturday, April 25, 2009

Man...

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila dsebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi kami
Kini,
Bila di sebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri,

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah wanita suci minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga,

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya terbiar bebas binasa,

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouk, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan pecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.

Petikan sajak dari novel Shabab Musafir Kasih


Monday, April 20, 2009

Sibuk


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, walaupun sekarang tgh sibuk menyiapkan article mr banoo yg dateline nye 15 mei ni masih ada kelapangan untuk ana mengupdate blog ini... hmmm... Bagaimana dgn perkembangan di acms? heee.. usah di tanya.. semakin ramai student memunculkan diri kat kolej yg serba "INDAH" ini.. adeh, kena berebut la nmpknye naik bas nnt...
hmm...

hujung minggu lepas,usrah ana sekali lagi wat qiamulail di masjid bertam... sekali lg ana pergi bermalam di sana... sebelum ke sana, semua sahabat ana berkumpul di tadika amal untuk usrah gabungan bersama dengan abg2 dr uitm... ramai juga dlm 2 (panas bangat).. mengulas mengenai surah at-torik yg disampaikan oleh ustaz safwan... best sgt... kalau nk tau isi nye, same2 kite membaca dan menghayati makna surah tersebut...

petang hari ahad lepas, sempat juga ana lepak menonton debat kefahaman islam peringkt akhir yg diadakan beberapa bulan yg lepas.. heee... akhirnya dpt juga tgk abg ikhwan berdebat... heee... you are the best bro... fuh, semangat gle ble tgk debat 2... hahaha... pe pon tahniah buat abg ikhwan coz dpt masuk peringkat akhir... heee

ustaz safwan di tadika amal

jalan2 di taman rekreasi titi hayun

Wednesday, April 15, 2009

Hidayah Datang Menyapa..

Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Blue Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini. Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Walking Home Crying Alhamdulillah, imej seorang muslim masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri. Malam itu aku menangis sepenuh hati,Crying 1 menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya.





Saturday, April 4, 2009

Insaf...

buat sekian kalinya Goofy bru sekarang ana berkelapangan untuk menjenguk blog ini yang semakin uzur... selama beberapa minggu yang lepas telah bn yk peristiwa yang berlaku dalam hari ana... pahit, manis, semuanya ada bg melengkap kan lagi kehidupan ana sebagai insan di muka bumi ini... Hmm 2

sebelum terlupa, ana mengucapkan mabruk alaik Hysterical kepada antum yang berjaya mendapat 4flat sem lps... pointer ana?!...Eyebrow biarlah rahsia...