petang td ana dpt msg, abg ikhwan dpt masuk final debat IKIM. Tahniah dan good luck ye... nnt da menang jgn lupe belanja ye... hehehe... Kesian kat afiq, ayah dia masuk ICU. Kate nye esok nk wat operation. Mudahan semuanya berjalan dengan baik. amin.... Selepas baca yaasin kat surau td, teringat ana kat satu cerita.
Pada zaman dahulu terdapat sepasang suami isteri yang baru saje mendirikan rumah tangga selama 2bulan. Si SUAMI ni seorang pencinta ilmu. Maka setalah sekian lamanya (baru je 2 bulan) si SUAMI ini bersama dengan pasangannya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengembara mencari ilmu. Dengan tabah si ISTERI melepaskan pemergian kekasih yang dicintainya itu.
Tiba di satu daerah, si SUAMI telah berjumpe dengan seorang ulama yang terkenal di daerah tersebut. Namun ulama itu telah memberi satu syarat kepada si SUAMI ini, "Sekira kamu hendak menuntut ilmu dengan aku, maka pergilah kamu dan datanglah kembali kepada aku dengan kunci ilmu kerana dengan kunci itu kamu akan dapat membuka semua pintu ilmu di dunia,"
Maka dengan perasaan sedih bercampur gembira (agaknya gembira mendengar bait ayat yang terakhir), si SUAMI telah mengembara ke seluruh pelusuk negaranya semata-mata mencari kunci itu. setelah 3tahun berlalu, si SUAMI telah kembali berjumpa dengan ulama tersebut dengan tangan kosong. ulama itu tersenyum apabila melihat si SUAMI datang kepadanya. kemudian ulama itu telah meminta si SUAMI menghulurkan tangannya lantas ulama tersebut menulis sesuatu di tangan si SUAMIdan berpesan supaya tidak membuka tangannya sehingga si SUAMI tiba di rumahnya.
Dengan patuh si suami itu kembali ke rumahnya. apabila tiba di perkarangan rumahnya kelihatan seorang budak lelaki dalam lingkungan 3-4tahun sedang bermain di rumahnya. dengan rasa marah si SUAMI tersebut telah menarik budak lelaki itu ke dalam rumah dan memanggil isterinya. si SUAMI telah mengangkat tangannya. dan pada saat itu si SUAMI ternampak tulisan di tangannya...
SABAR
lantas si SUAMI beristghfar, kesempatan itu si ISTERI telah memberitahu bahawa budak lelaki itu merupakan anak mereka. si ISTERI tersebut sedang hamil tatkala si SUAMI pergi mengembara. maka menangislah si SUAMI itu akibat tindakan nya yang terburu-buru itu. sedarlah si SUAMI itu bahawa SABAR merupakan kunci segala ilmu...

renung-renungkan dan selamat beramal....