SALAM UKHUWAH FILLAH

Pengembaraan Baru Bermula...

Wednesday, January 14, 2009

Usrah

Naqib usrah kami (Prof Dr. Roslan) tetiba buat usrah semalam. Risau gak, english ana x siap lg buat paragraph.. Before naqib datang, ana bertadarus dengan membe yg lain. Bila prof datang, baru kami baca makna ayat yang kami baca tadi... Prof suruh kami fikir apa yang dimaksudkan dengan ayat ...

"Mereka membeli kesesatan dengan petunjuk; maka tidak beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mendapat petunjuk" (ayat 16 surah al-Baqarah)

Macam2 pendapat kami bagi, sampai isu palestin pun ade... (adeh, jauh beno kawan kita ni merapu). Tapi di sini Prof kaitkan ayat ini dngan rasuah. Amanah yang diberi merupakan petunjuk manakala rasuah adalah kesesatan. Di mana, seseorang yang melakukan rasuah secara langsung telah mejual amanah mereka (petunjuk) semata-mata untuk menerima rasuah tersebut (membeli kesesatan). Hmm.... betul ape yang prof gtau... (jahil betul ana, langsung x terfikir sejauh 2)..

Dari ayat ini, maka datanglah beberapa isu yang dibangkitkan oleh membe yang lain. Soalan yang paling menarik sekali (membe penang yang tanya),
"Dalam satu family yang besar ada sorang ahli membe nih telah terkantoi dgn polis (pasal dadah la). So polis ni beri kata dua kat famili depa nih.. either masuk mahkamah, or give him some amount of money (really big amount of money). So, family diorang nih semua pakat kumpul semua anak-pinak n kumpul semua duit yang diorang ada n rasuah kat polis 2. Jadi soalan dia, patut tak dia selaku salah sorang dlm family ni ikut sama kumpul duit bagi kat polis 2. Klu x bagi adik beradik kata pe plak, klu bagi konfem da masuk neraka coz bg rasuah..."

Prof dengan spontan kate jgn bagi rasuah... Hatta orang ugut nk bunuh kite pon jgn bg rasuah... Rasulullah pernah beritahu sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati mencuri, dia sanggup potong tangan anaknya itu... So fikir2kanlah dan selamat beramal.... :)

No comments:

Post a Comment