bismillahirrahmannirahim
tinggal beberapa hari saja lg cuti sem nk "expired". lepas tu mula la episod pengembaraan yg baru.
waktu cuti ni, bnyk habiskn masa ngan tido. huhu.. objektif utk jadi ank yg soleh x tercapai. adoi..

bercakap ttg cuti,baru2 ni aku dpt korek cite dr mak ttg family belah abah. x sangka, kerana harta pusaka, adk beradik belah abah sanggup bergado. aku tergerak hati nk tnya mak sbb sejak kebelakangan ni, nmpk abah ngan mak n pak sedara aku selalu bermasam muka bila jumpa.

ceritanya, abah nk ikut sistem faraid dlm pembahagian harta arwah tok wan. tp mak sedara aku semua nk bahagi supaya semua dpt sama bnyk. abah x kesah. tp yg jd punca pergaduhan, bila mak sedara aku ckp abah dpt tanah kebun saja. hmmm...
terfikir sejenak, kenapa manusia sanggup bergado sbb harta. bukan nk salah kn sesiapa, tp rasanya sistem yg sedia ada sudah cukup adil. sistem faraid rasanya da cukup adil dalam pembahagian harta pusaka.
"Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta)"
(sumber dr laman web islam USM-Faraid)
(sumber dr laman web islam USM-Faraid)
PS : harap hubungan adk beradik kami xkn goyah, dek kerana harta.. belajar dr pengalaman. :)
No comments:
Post a Comment