SALAM UKHUWAH FILLAH

Pengembaraan Baru Bermula...

Sunday, May 31, 2009

Rombongan Makan Free

bismillahirrahmanirrahim

3 jam perjalanan di dalam van memang memenatkan.. tidak cukup dengan itu, keadaan yang sempit memaksa ana dan sahabat lain berkongsi tempat duduk di belakang van.. tambah pula dgn kami semua tersesat jalan di jeniang.. fuh, penat betul....

tapi, semua kepenatan itu berbaloi dgn kehadiran miss ida (oppss, silap... mrs. ida) yang comel dengan baju pengantin berwarna kuning, bersulamkan emas.. cewah... lauk pon boleh tahan... naseb baik x tambah dua pinggan.. masing2 penat lg agaknya...

selepas hampir 2jam di rumah pengantin, perjalanan pulang pon bermula... walaupon sempit, ana tetap menjalankan tanggungjwb utk tidor dlm van tu.. hahaha.... ingtkn bila balik sekejap je... rupenye, lame juga... singgah kat rfc (radix fried chicken), cari masjid (solat zohor), driver berenti beli topup... tup2x... sampai PV da pukul 7 da... mana x kelam kabut kami semua.. terus masuk bilik, solat asar... seusai solat asar, ana cari bantal terus tido... hehehehe....en. khairul n pn. ida
bila la kami nk naik pelamin....

semoga berbahagia hingga akhir hayat...


Friday, May 29, 2009

Malas

Bismillahirrahmanirrahim

Bila kemalasan menguasai diri, bermacam-macam alasan muncul ketika itu. hmm... sama la macam ana... final da tinggal sebulan, namun masih lagi x dpt menyelesaikan masalah "kemalasan" ini... malah bertambah lagi beban dlm hidup ni.... pening2..
rasenya ana x penah rasa sibuk mcm minggu lepas... peh, sarat ngan xtvt... mana ngan cover majalah, quiz bio, quiz kimia, presentation english... tp dalam kesibukan 2, sempat juga ana pergi dengar ceramah ustaz hasrizal.. best sgt... nnt post akan dtg ana sharekan isi ceramah 2...


tutorial aku

Wednesday, April 29, 2009

Marah...

apa perasaan kte bila diabaikan atau dicaci? Marah? Sedih? semua perasaan ketika itu bercampur dan membuatkan diri kita keliru... apakah yang patut kita lakukan... begitulah juga dgn diri ana. sekarang ana sedang bermain dengan 2 perasaaan ini. serasa diri ini sudah tidak ada masa depan. mana pergi nya pihak yang bertanggungjawab mengatur progam kami di sini? adakah kami masih perlu pergi ke indonesia? bukankah kerajaan sudah memberhentikan program ke indonesia? kami tidak mahu menjadi mangsa keadaan... kami lebih rela belajar di negara yang tercinta ni. biarlah apa yang orang akan kata.... terasa kami sudah sesat, tidak ada arah tuju ke mana harus kami pergi...
jika kita merenung sejenak... tidakkah kita terfikir..keadaan kita ketika seorang hamba allah mengabaikan dan mencaci kita, perasaan sedih dan keliru itu muncul... bagaimana pula pencipta kita memarahi kita atau mengabaikan kita? alangkah kerdilnya kita ketika itu... kita terus berada dalam keadaan sesat dan terus keliru dalam dunia yang fana ini...
astaghfirullah...
marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah sentiasa merahmati dan mengasihani diri kita yang serba lemah ini. sama-samalah kita berdoa mudahan Allah mempermudahkan urusan ana dan sahabat ana dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang medical student suatu hai nnt. kami semua berusaha, berdoa dan bertawakal padaMu ya allah... tempatkanlah kami ditempat yang terbaik buat kami untuk meneruskan perjuangan ini ya allah...

Tanggungjawab

semenjak masuk bulan 4 ni, bnyk sungguh kerja yg perlu dilaksanakn... atau ana yang suka bertangguh...? hmmm... teringat pula satu hadis yg memberitahu bertangguh itu salah satu sifat syaitan... astaghfirullah, mudahan ana dijauhi sifat itu.... sekarang pula ditambah dengan satu lg amanah yg baru dapat beberapa hari yg lepas.. ana dilantik menjadi ajk tentetif program dan bacaan doa untuk dinner batch ana nnt.. adeh, bertambah satu lg beban yg hendak dipikul.. semua jemputan yg perlu dijemput, kad jemputan, sijil mpp dan teks bacaan doa.. mujur la kerja nya x bnyk...
semalam, pak cik kat surau beritahu ustaz hasrizal (saifulislam) nk dtg ke cni... khabarnya mahu pelajar involve dlm jemputan penceramah... hmmm.... harap nye mpp dpt laksanakan tanggungjwb dgn baik, jgn jd macam xtvt sebelum ni...
dalam kesibukan ni, terdetik di hati ana nk buat persembhan nasyid untuk dinner batch ana nnt. tp kesibukan yang terlampau sgt ni menyebabkan ana terpaksa memendamkan hasrat dihati untuk terus fokus kepada tanggungjawab yang lebih penting yang perlu dilaksanakan... doakan ana tabah dalam menjalankan semua amanah yang telah diberi....

Saturday, April 25, 2009

Man...

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila dsebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi kami
Kini,
Bila di sebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri,

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah wanita suci minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga,

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya terbiar bebas binasa,

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouk, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan pecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.

Petikan sajak dari novel Shabab Musafir Kasih


Monday, April 20, 2009

Sibuk


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, walaupun sekarang tgh sibuk menyiapkan article mr banoo yg dateline nye 15 mei ni masih ada kelapangan untuk ana mengupdate blog ini... hmmm... Bagaimana dgn perkembangan di acms? heee.. usah di tanya.. semakin ramai student memunculkan diri kat kolej yg serba "INDAH" ini.. adeh, kena berebut la nmpknye naik bas nnt...
hmm...

hujung minggu lepas,usrah ana sekali lagi wat qiamulail di masjid bertam... sekali lg ana pergi bermalam di sana... sebelum ke sana, semua sahabat ana berkumpul di tadika amal untuk usrah gabungan bersama dengan abg2 dr uitm... ramai juga dlm 2 (panas bangat).. mengulas mengenai surah at-torik yg disampaikan oleh ustaz safwan... best sgt... kalau nk tau isi nye, same2 kite membaca dan menghayati makna surah tersebut...

petang hari ahad lepas, sempat juga ana lepak menonton debat kefahaman islam peringkt akhir yg diadakan beberapa bulan yg lepas.. heee... akhirnya dpt juga tgk abg ikhwan berdebat... heee... you are the best bro... fuh, semangat gle ble tgk debat 2... hahaha... pe pon tahniah buat abg ikhwan coz dpt masuk peringkat akhir... heee

ustaz safwan di tadika amal

jalan2 di taman rekreasi titi hayun